JAKARTA, 6 JULAI – Indonesia berterusan merekodkan lonjakan kes positif baharu COVID-19 dengan melepasi angka 31,000 kes hari ini, jumlah tertinggi sejak kes pertama dikesan pada Mac 2020.
Sebanyak 728 lagi kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam, iaitu jumlah kematian harian tertinggi direkodkan, menjadikan jumlah keseluruhan kematian kini meningkat kepada 61,868 orang.
Menurut data yang disiarkan di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini, sebanyak 31,189 kes baharu direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kes positif kini sebanyak 2,345,018.
Bermula 3 Julai lepas hingga 20 Julai, pemerintah Indonesia mengetatkan lagi protokol kesihatan COVID-19 dengan menguatkuasakan Pemberlakukan Pembatasan Kegiatan Masyarakat Darurat (PPKM Darurat) di Pulau Jawa dan Bali. – Bernama
