Monday, May 12, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    COVID: Rawatan bagi anak damit diluluskan

    LOS ANGELES, 26 APRIL – Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) pada Isnin meluluskan Veklury (remdesivir) untuk digunakan kepada kanak-kanak dijangkiti COVID, seawal usia 28 hari dengan berat sekurang-kurangnya tiga kilogram (kg) dan ke atas.

    Langkah itu menyaksikan Veklury, rawatan COVID pertama diluluskan untuk kanak-kanak berumur kurang daripada 12 tahun.

    Veklury diluluskan untuk kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital, atau mempunyai simptom ringan hingga sederhana yang berisiko tinggi menjadi lebih teruk, lapor Xinhua.

    Sebelum ini Veklury hanya diluluskan untuk merawat  pesakit dewasa dan kanak-kanak tertentu berumur 12 tahun ke atas yang mempunyai berat sekurang-kurangnya 40 kg.

    “Memandangkan COVID-19 boleh mengakibatkan kesan teruk pada kanak-kanak yang tiada vaksinasi pada masa ini, terdapat keperluan terhadap rawatan COVID yang selamat dan berkesan untuk golongan ini,” kata pengarah Pusat Penilaian dan Penyelidikan Ubat-Ubatan FDA, Patrizia Cavazzoni. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda