Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    COVID: RM1.5 juta bantuan makanan buat pelajar Sabah terjejas

    KOTA KINABALU, 29 JUN – Kerajaan Sabah memperuntukkan RM1.5 juta untuk pemberian bantuan ihsan makanan kepada pelajar Sabah yang terkesan akibat penularan COVID-19 di seluruh negara, kata Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Mohd Arifin Mohd Arif.

    Beliau berkata bantuan Ihsan Makanan Pelajar Terjejas COVID-19 (IMPAC) itu disasarkan kepada 5,000 pemohon terawal yang sedang melanjutkan pengajian di universiti, kolej komuniti, maktab perguruan, sekolah agama, madrasah dan institusi pendidikan lain.

    Katanya menerusi bantuan itu RM300 akan diperuntukkan kepada setiap pelajar berkenaan yang akan disalurkan kepada institusi pengajian tinggi terlibat bagi membiayai pembelian makanan kepadamereka. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda