Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    COVID semakin teruk di Korea Utara – WHO

    LONDON, 2 JUN – Seorang pegawai tertinggi di Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, agensi kesihatan PBB menganggap wabak COVID di Korea Utara semakin teruk, bukan lebih baik, walaupun negara itu mendakwa COVID semakin berkurangan di sana.

    Pada taklimat kelmarin, ketua kecemasan WHO, Dr Mike Ryan merayu kepada pihak berkuasa Korea Utara bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang wabak COVID di sana.

    Beliau berkata, WHO tidak menerima sebarang maklumat mengenai wabak itu, tidak seperti wabak biasa apabila negara-negara lain mungkin berkongsi data yang lebih sensitif dengan organisasi itu supaya mereka boleh menilai risiko kesihatan awam untuk komuniti global.

    “Sangat sukar untuk memberikan analisis yang betul kepada dunia apabila kami tidak mempunyai akses kepada data yang diperlukan,” katanya.

    WHO sebelum ini menyuarakan kebimbangan mengenai kesan COVID dalam populasi Korea Utara, yang dipercayai sebahagian besarnya tidak divaksinasi dan sistem kesihatannya yang rapuh dikhuatiri mungkin bergelut untuk menangani lonjakan kes yang didorong oleh Omicron dan subvariannya.

    Ryan turut berkata bahawa WHO telah menawarkan bantuan teknikal dan bekalan kepada pegawai Korea Utara beberapa kali, termasuk menawarkan vaksin COVID sekurang-kurangnya tiga kali secara berperingkat. – AP

    Seorang pekerja Kilang Produk Kebersihan Pergigian Pyongyang membasmi kuman di meja ruang makan ketika kerajaan itu meningkatkan langkah untuk menghentikan penularan penyakit di Pyongyang, Korea Utara pada bulan Mei lalu. – AP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda