Tuesday, March 18, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    COVID: Singapura bakal saksi gelombang baharu

    SINGAPURA, 4 DIS – Singapura menjangkakan gelombang baharu jangkitan COVID dengan lebih ramai orang membuat perjalanan dan pesta-pesta hujung tahun yang bakal diadakan, laman sesawang Straits Times memetik Menteri Kesihatan, Ong Ye Kung sebagai berkata hari ini.

    “Pastinya akan terdapat lebih banyak jangkitan tetapi ia adalah sesuatu yang telah kita lihat sebelum ini. Tahun ini sahaja, kita telah menyaksikan tiga gelombang jangkitan,” katanya.

    Ong berkata pada satu acara di Kolej Junior Nanyang hari ini bahawa lebih penting untuk memantau perkembangan di luar negara dan berwaspada jika varian menjadi kebimbangan baharu muncul apabila musim sejuk tiba di hemisfera utara.

    Singapura melaporkan 846 kes baharu COVID hari ini, membawa jumlah keseluruhan kepada 2,172,396. – Xinhua

    Bot-bot pelancong melintasi arca Merlion di Marina Bay, Singapura pada 1 Disember 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda