Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    COVID: Vietnam lapor 1,319 kes baharu

    HANOI, 22 MEI – Vietnam merekodkan 1,319 kes baharu COVID-19 hari ini, menurun sebanyak 138 berbanding semalam, menurut kementerian kesihatannya.

    Semua kes baharu adalah jangkitan tempatan di 42 wilayah dan bandar.

    Ibu negara Vietnam, Hanoi adalah titik panas pandemik dengan 347 kes baharu yang direkodkan hari ini, diikuti oleh wilayah utara Bac Ninh dengan 138 kes dan wilayah utara Vinh Phuc dengan 90 kes.

    Jangkitan itu membawa jumlah keseluruhan kepada 10,708,887 dengan 43,075 kematian. Di seluruh negara, seramai 9,402,046 pesakit COVID-19 atau hampir 88 peratus jangkitan, telah pulih.

    Hampir 219.1 juta dos vaksin COVID-19 telah diberikan di negara itu, termasuk lebih daripada 198.2 juta suntikan kepada penduduk berusia 18 tahun ke atas, menurut kementerian itu. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...