Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    CPP menang pilihan raya Senat

    PHNOM PENH, 26 FEB – Parti pemerintah Kemboja, Parti Rakyat Kemboja (CPP) meraih kemenangan besar dalam Pilihan Raya Senat negara itu kelmarin, menurut jurucakap parti.

    Jurucakap CPP, Sok Eysan, yang merujuk kepada keputusan awal berkata CPP memenangi majoriti besar undi dalam pilihan raya berkenaan.

    “CPP memenangi kira-kira 50 daripada 58 kerusi Senat yang dipertandingkan atau lebih 80 peratus daripada jumlah undi keseluruhan.”

    “Ini adalah satu lagi kejayaan besar bagi CPP selepas kami memenangi kemenangan besar dalam pilihan raya umum pada Julai 2023,” katanya kepada Xinhua.

    Jurucakap itu turut mengesahkan bekas Perdana Menteri yang juga Presiden CPP, Samdech Techo Hun Sen, 71, akan mengambil alih jawatan presiden Dewan Senat selepas pilihan raya.

    Presiden Dewan Senat akan memangku tugas ketua negara semasa raja berada di luar negara. Dewan Senat mempunyai 62 kerusi, tetapi undian diadakan untuk 58 kerusi kerana dua senator akan dilantik oleh Raja Kemboja Norodom Sihamoni manakala dua lagi oleh Dewan Negara.

    Sebanyak empat parti politik mengambil bahagian dalam pilihan raya kelmarin iaitu CPP, Parti Funcinpec, Khmer Will Party dan Nation Power Party.

    Jawatankuasa Pilihan Raya Kebangsaan (NEC) berkata 11,730 atau 99.86 peratus daripada 11,747 pengundi yang layak mengundi dalam pilihan raya di 33 pusat mengundi di seluruh negara. – Bernama

    Ahli Majlis Rakyat beratur untuk mengundi di pusat mengundi semasa pilihan raya Senat di Phnom Penh pada 25 Februari. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...