Wednesday, March 19, 2025
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    CR7 kekal bersama Juventus

    MILAN, 27 JULAI – Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo menjalani pemeriksaan perubatan di Turin, hari ini, menjelang musim keempatnya bersama Juventus dengan empat lagi pemain yang menyertai Euro 2020 turut kembali ke kelab itu.

    Penyerang berusia 36 tahun itu masih memiliki baki kontrak setahun bersama kelab gergasi Itali itu.

    Penjaring Terbanyak Serie A musim lalu itu tiba di pusat perubatan pasukan, hari ini, untuk proses ujian di mana dia disambut oleh kira-kira ratusan peminat Juve yang bersorak dan mendapatkan tanda tangannya.

    Turut kembali ke kelab itu adalah pemain yang menyertai kejuaraan Eropah, Dejan Kulusevski, Matthijs De Ligt, Aaron Ramsey dan Adrien Rabiot.

    Ronaldo dilaporkan akan bertemu jurulatih, Massimiliano Allegri dan pengurusan Juventus untuk memperjelaskan mengenai masa depannya di tengah-tengah spekulasi yang mengaitkannya dengan perpindahan ke Paris Saint-Germain (PSG).

    Masa depan pemenang Ballon d’Or lima kali itu masih belum pasti selepas kempen yang sukar, dengan Juventus terlepas mahkota kejuaraan Serie A mereka selepas sembilan tahun.

    Ia juga tersingkir kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara dan selain menduduki tempat keempat saingan liga.

    Juventus memulakan kempen musim baharu di Udinese dengan Allegri, yang menandatangani Ronaldo pada 2018, kembali memimpin pasukan itu dua tahun selepas kejutannya meninggalkan kelab Turin itu walaupun memenangi lima gelaran liga berturut-turut.

    Ronaldo yang juga bekas bintang Real Madrid dan Manchester United sudah meledak 101 gol untuk kelab itu dalam 133 perlawanan. – AFP

    Penyerang Juventus, Cristiano Ronaldo disambut oleh peminat ketika dia tiba untuk pemeriksaan perubatannya di pusat perubatan Juventus di Turin, semalam. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda