Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Cremonese tumpas dalam perlawanan Serie A

    TURIN, ITALI, 21 FEB – Cremonese hampir menamatkan rentetan tanpa kemenangan sepanjang musim dalam Serie A tetapi dihalang oleh di Torino dengan keputusan seri 2-2 kelmarin.

    Tiada pasukan yang pernah menamatkan musim dalam liga utama Itali tanpa sekurang-kurangnya satu kemenangan. Antonio Sanabria meletakkan Torino dihadapanmenerusi sepakan penalti pada penghujung separuh masa pertama.

    Tetapi Frank Tsadjout menyamakan kedudukan sembilan minit selepas rehat dan Emanuele Valeri kelihatan telah mengubah perlawanan sepenuhnya 15 minit sebelum tamat.

    Bagaimanapun, pemain gantian Wilfried Singo menyamakan kedudukan empat minit kemudian untuk menghalang Cremonese daripada mencatat kemenangan pertamanya kembali dalam Serie A.

    Cremonese berada di kedudukan terakhir dengan 10 mata dari keselamatan, manakala Torino berada dalam satu mata kedudukan kelayakan terakhir untuk pertandingan Eropah. – AFP

    Antonio Sanabria menjaringkan gol pertama pasukan mereka semasa perlawanan bola sepak Serie A di Stadio Olimpico Grande Torino di Turin, Itali. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...