Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hyundai Creta Grand baharu dilancar

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 SEPT – Setia Motors, syarikat pengedar tunggal kereta Hyundai  secara rasminya melancarkan Hyundai Creta Grand baharu di majlis eksklusif yang berlangsung di Yuzu Café pagi tadi yang dihadiri oleh pengamal media tempatan.

    Hyundai Creta Grand, model terkini dalam segmen SUV premium, kini ditawarkan di Brunei Darussalam pada harga runcit $38,990, dengan promosi early bird eksklusif pada harga $36,600 untuk tempoh terhad sahaja.

    Majlis pelancaran Hyundai Creta Grand pagi tadi.

    SUV serba boleh ini menampilkan tiga barisan tempat duduk untuk tujuh penumpang menjadikannya pilihan ideal bagi keluarga serta mereka yang mengutamakan keselesaan dan kegunaan yang praktikal.

    Spesifikasi teknikal Hyundai Creta Grand pula dilengkapi dengan sistem Powertrain / PE, enjin gasolin 2.0L MPI, transmisi automatik 6-kelajuan, 159PS (117kW / 6,500rpm) dan kapasiti tangki bahan api 50L.

    Ruang bahagian enjin kenderaan tersebut.

    Luarannya pula dilengkapi dengan roda aloi 18” (215/55R18), lampu LED Multi Focus Reflector, LED Daytime Running Light, lampu isyarat pada cermin sisi (Side Mirror Repeater), lampu belakang LED dan gril radiator bersalut krom.

    Rim aloi 18″.

    Creta Grand juga tersedia dengan tempat duduk fabrik, kawalan suhu automatik dwi-zon, lampu mood, paparan Supervision 4.2” TFT LCD, paparan infotainmen 8”, cermin elektronik (Electronic Chromic Mirror) dan langsir belakang (Rear Curtain).

    Ciri-ciri keselamatan Hyundai Creta Grand dilengkapi dengan Dual Airbag, brek parkir elektronik dengan Auto Hold, sensor parkir depan dan belakang, ABS + ESC + DBC + HAC, sistem pengikat kanak-kanak dan sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS).

    Ruang dalaman kenderaan berkenaan.

    Manakala untuk keselesaan dan kemudahan, Hyundai Creta Grand dilengkapi dengan kunci pintar dengan butang push-start, sistem bunyi premium BOSE, kamera pandang belakang, kawalan pemanduan konvensional (Cruise Control), mod pemanduan (Drive Mode), kawalan audio dari stereng, pengecasan tanpa wayar (Wireless Charging Dock) dan sambungan USB.

    Sistem bunyi premium BOSE.

    Bersempena pelancaran ini, Setia Motors akan mengadakan Promosi Uji Pandu dari 12 hingga 21 September di cawangan Bunut. Pelanggan dijemput untuk merasai pengalaman memandu Hyundai Creta Grand baharu atau mana-mana model Hyundai lain dan berpeluang memenangi sebuah Apple iPad.

    Seorang wakil Setia Motors ketika ditemui berkata, “Creta Grand mewakili era baharu keselesaan dan inovasi untuk model SUV Hyundai. Dengan ciri premium, harga early bird, serta promosi uji pandu menarik, ia merupakan pilihan terbaik bagi pemandu Brunei yang mahukan gaya dan prestasi.”

    Hyundai Creta Grand kini tersedia untuk tontonan dan uji pandu di semua bilik pameran Setia Motors. Hyundai Creta Grand juga tersedia dengan tujuh warna antaranya hijau, merah, hitam dan banyak lagi.

    – GAMBAR-GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda