Pemain bola sepak terkenal dunia, Cristiano Ronaldo mengumumkan berita gembira di media sosial, dengan memuatnaik foto bersama pasangannya Georgina Rodriguez sambil menayangkan gambar ‘ultrasound’ anak damit di Instagram.
Seperti sedia maklum, Cristiano merupakan bapa kepada empat orang cahaya mata, Cristiano Ronaldo Junior, Alana Martina Dos Santos Aveiro, Eva Maria Dos Santos, dan Mateo Ronaldo.
Namun, kini pemain bola sepak tersohor ini berkongsi berita gembira bahawa keluarga mereka bakal menerima kehadiran sepasang anak kembar, bersama kekasih tercintanya itu tidak lama lagi.
“Gembira nak mengumumkan kami bakal menimang kembar. Hati kami penuh dengan rasa cinta – Kami tak sabar menunggu untuk bertemu kamu. #blessed,” tulis Cristiano.
Berita yang dikongsi itu, membuatkan orang ramai dari seluruh pelosok dunia meluahkan rasa gembira buat pemain bola sepak tersebut. Malah mereka turut membanjiri ruangan komen di Instagram hantaran atlet sukan kacak ini.
Kebanyakan komen yang membanjiri ruang komen Cristiano adalah ucapan tahniah dan pelbagai emoji yang menggambarkan kegembiraan mereka terhadap berita yang dikongsikan atlet tersebut. – Agensi
