Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cristiano Ronaldo, pemain bola sepak pertama bergelar bilionair

    LONDON, 9 OKT – Cristiano Ronaldo muncul sebagai pemain bola sepak pertama bergelar bilionair, menurut Bloomberg, lapor PA Media/dpa.

    Nilai bersih pemain berusia 40 tahun itu dianggarkan bernilai AS$1.39 bilion oleh Bloomberg Billionaires Index, yang menjejaki individu terkaya di dunia.

    Penilaian terhadap kekayaannya mengambil kira pendapatan sepanjang karier, pelaburan serta penajaan.

    Perpindahannya ke kelab Liga Pro Saudi, Al-Nassr pada 2022 menyaksikan beliau menandatangani kontrak dengan gaji tahunan dianggarkan sebanyak AS$237 juta dan sejak itu menandatangani perjanjian baharu yang akan mengekalkannya bersama kelab itu sehingga 2027.

    Beliau juga mempunyai perjanjian penajaan bernilai AS$17.9 juta setahun dengan Nike. – Bernama/PA Media/dpa

    Crisitiano Ronaldi kini digelar bilionair. – Gambar fail AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda