Monday, February 3, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Croatia mula gunakan mata wang Euro

    ZAGREB, 1 JAN – Croatia mula menggunakan mata wang euro dan menyertai zon perjalanan bebas pasport, Schengen pada Ahad sekali gus menandakan peristiwa penting buat negara yang menyertai Kesatuan Eropah sedekad lalu.

    Dengan beralih daripada kuna kepada euro bermula 2023, Croatia menjadi ahli ke-20 blok mata wang bersama, lapor agensi berita Jerman (DPA).

    Peserta terakhir blok itu ialah Lithuania iaitu pada 2015.

    Croatia terpaksa memenuhi pelbagai peraturan tadbir urus fiskal dan ekonomi untuk menerima pakai mata wang tunggal.

    Kadar pertukaran ditetapkan pada €1 hingga 7.5345 kuna dan terdapat tempoh peralihan sehingga 14 Jan, tetapi pembayaran masih boleh dibuat dalam kedua-dua mata wang. Kuna boleh ditukar secara percuma di bank-bank di Croatia sehingga hujung 2023.

    Di bawah perjanjian Kesatuan Eropah (EU), semua negara anggota kecuali Denmark dikehendaki menyertai euro sebaik sahaja semua syarat dipenuhi, tetapi beberapa ahli seperti Sweden, Poland dan Hungary belum berbuat demikian.

    Kali terakhir Kawasan Schengen menambah ahlinya ialah pada 2011 dengan memasukkan Liechtenstein. Di bawah zon itu, orang ramai secara amnya boleh merentasi sempadan tanpa perlu menunjukkan dokumen. – Bernama

    Menteri Dalam Negeri Croatia, Davor Bozinovic (kiri), menekan butang untuk menaikkan penghadang di lintasan sempadan Bregana antara Croatia dan Slovenia, sambil ditemani oleh rakan sejawat dari Slovenia, Sanja Ajanovic Hovnik, awal Ahad. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda