Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Croatia, Perancis kongsi mata

    SPLIT, CROATIA, 7 JUN – Andrej Kramaric menyempurnakan sepakan penalti lewat permainan untuk Croatia mengikat gol penyamaan dengan juara dunia Perancis 1-1 di laman sendiri dalam aksi Liga Negara-Negara UEFA, kelmarin.

    Pemain tengah Juventus, Andrien Rabiot membantu Perancis mendahului pada minit ke-52 ketika jurulatih Didier Deschamps menurunkan pemain tidak berpengalaman tanpa bintang penyerang Kylian Mbappe dan Karim Benzema. Croatia menyamakan kedudukan tujuh minit sebelum tamat perlawanan apabila Andrej Kramanic mendapat sepakan penalti dan menyempurnakannya.

    Kedua-dua pasukan masih memburu kemenangan pertama pada kempen kali ini.

    “Kami melakukan banyak perkara yang bagus selepas mengambil kira semua pertukaran yang dilakukan. Kami boleh mendahului dan mendapatkan gol kedua. Namun, ia adalah perlawanan yang mengecewakan kerana kami telah memberi peluang kepada mereka untuk menyamakan kedudukan,” kata Deschamps kepada M6.

    “Sudah tentulah keputusan tersebut tidak memuaskan saya. Tetapi faktor keletihan selepas beraksi dalam beberapa perlawanan menyebabkan saya membuat pertukaran tersebut. Ia persiapan terbaik untuk Piala Dunia,” tambahnya.

    Aksi Antoine Griezmann (kiri) berebut bola dengan Luka Modric semasa perlawanan Liga Negara-Negara UEFA antara Croatia dan Perancis, kelmarin. – AFP

    Sementara itu, Perancis dan Croatia berkongsi satu mata dalam saingan Liga A, Kumpulan 1. Perancis ditewaskan 2-1 oleh Denmark pada perlawanan pembukaan minggu lalu, sementara Croatia dibenam 3-0 oleh Austria.

    Denmark mendahului de-ngan enam mata selepas menewaskan Austria 2-1 di Vienna dalam perlawanan yang ditangguhkan selama sejam setengah disebabkan oleh bekalan elektrik terputus. Pada malam Luka Modric membuat penampilan ke-150 untuk Croatia, Deschamps memberikan beberapa pemain lain peluang untuk menunjukkan kebolehan mereka sebelum Piala Dunia bermula di Qatar pada November nanti.

    Tetapi pemain pertahanan, Presnel Kimpembe, berjaya menghalang percubaan Ante Budimir dan Lovro Majer melakukan rembatan jarak dekat. Sementara itu, Christopher Nkunku, menampilkan aksi cemerlang bersama RB Leipzig, melambungkan bola ke gawang tuan rumah melepasi Dominik Livakovic tetapi kemudian jaringan tersebut dikira sebagai ofsaid.

    Kemudian, jaringan Moussa Diaby berjaya diselamatkan oleh Livakovic ketika dia menyasarkan bola ke arah bawah kanan gawang, dengan percubaan jarak jauh oleh Aurelien Tchouameni berjaya dihalang oleh penjaga gol Croatia. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...