Tuesday, May 13, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Crown dijangka tarik pelancong

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 SEPT – Suite Perkhidmatan Crown bernilai RM900 juta dan pembangunan hotel lima bintang oleh Kumpulan Ho Hup, dijangka akan merancakkan kemasukan pelancong ke Sabah yang mencari lokasi menarik dan penginapan berkualiti di Kota Kinabalu.

    Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ho Hup, Datuk Derek Wong Kit-Leong, “Crown berada di salah satu kawasan utama di Kota Kinabalu. Ia terletak di tengah-tengah pusat bandar tetapi memiliki pemandangan alam semula jadi yang paling indah.

    “Berhadapan dengan Sungai Sembulan, suite tersebut turut menawarkan pemandangan Laut Cina Selatan, Pelabuhan Sutera dan kehijauan yang tidak terhalang. Pelancong akan dapat menikmati lautan, pelabuhan dan gunung-ganang tanpa perlu mengorbankan kemudahan moden,” ujar beliau pada majlis pelancaran rasmi galeri jualan dan unit contoh Suite Perkhidmatan Crown di Rooftop KK Sentral, kelmarin.

    Pelancaran galeri jualan dan unit contoh berkenaan telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Haji Apdal.

    Dato’ Wong berkata, projek yang terletak bersebelahan dengan KK Sentral dan menghadap pesisir pantai itu merupakan pembangunan bercampur, yang terdiri daripada 323 unit suite perkhidmatan mewah, sebuah hotel bertaraf antarabangsa dengan 376 bilik dan 50,000 kaki persegi ruang perniagaan khusus. Ia mempunyai gabungan nilai pembangunan kasar yang bernilai hampir RM900 juta.

    Selain lokasi yang hebat, Suite Perkhidmatan Crown direka khas dan akan dilengkapi dengan kemasan mewah.

    “Kami percaya bahawa semua orang, baik pelancong, golongan muda, pesara atau pelabur tulen, akan sangat menghargai apa yang ditawarkan oleh Suite Perkhidmatan Crown,” tambah beliau.

    Menurut kenyataan yang diberikan, jualan Suite Perkhidmatan Crown telah diterima dengan baik, dengan kadar pengambilan hampir 60 peratus. Unit biasa boleh didapati dalam saiz antara 1,360 hingga 1,986 kaki persegi.

    Ketua Menteri Sabah melihat lebih dekat model projek Suite Perkhidmatan Crown di Galeri Jualan, ditemani oleh ketua pegawai eksekutif Kumpulan Ho Hup serta pengarah Ho Hup dan Golden Wave Sdn Bhd yang lain.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda