Hubungan percintaan antara Rapper Crucial Star dan model Kim Jin Kyung kini musnah.
Pada 16 Januari, ejen Crucial Star menyatakan, “Crucial Star dan Kim Jin Kyung baru-baru ini telah berpisah. Mereka membuat keputusan untuk tetap saling membantu antara satu sama yang lain.”
Crucial dan Kim Jin Kyung telah merasmikan hubungan percintaan mereka pada bulan Mei 2019. Hubungan mereka bermula setahun sebelum pendedahan kepada awam tentang perhubungan tersebut.
Kim Jin Kyung merupakan naib juara dalam acara “Korea’s Next Top Model” musim ketiga, dan dia juga pernah berlakon dalam drama KBS2 iaitu ‘Perfume’.
Crucial Star memulakan kariernya pada tahun 2011 dan pernah mengikuti acara ‘Show Me The Money 4’ bagi program Mnet’s survival. – Agensi
