CHRISTCHURCH, NEW ZEALAND, 14 MEI – The Auckland Blues didenda kerana sikap tidak berdisiplin oleh kapten Dalton Papali’i ketika Canterbury Crusaders memenangi persaingan sengit Super Ragbi Pasifik dengan keputusan 15-3 di Christchurch kelmarin.
Juara bertahan itu meraih dua kemenangan daripada dua perlawnan ke atas The Blues, yang juga ditewaskan mereka pada perlawanan akhir tahun lalu, tetapi saingan yang sengit itu berbeza dengan kemenangan mendebarkan 34-28 dalam pusingan ketiga.
Dengan kelebihan 10-3 pada separuh masa pertama, TheCrusaders mengambil alih perlawanan tidak lama selepas rehat apabila pemain All Blacks, Papali’i dilayangkan kad kuning kerana melakukan terjahan lewat dan tinggi ke atas rakan sepasukannya di New Zealand, Richie Mo’unga.
Pemain sayap The Crusaders, Leicester Fainga’anuku membuat hantaran silang di sudut kiri dari permainan yang sama.
Kesalahan Papali’i kemudiannya dinaik taraf kepada kad merah oleh pengadil video perlawanan dan pasukannya yang kurang pemain jarang memberikan ancaman untuk selebihnya.
Keputusan itu menjadikan The Crusaders di tempat ketiga dalam carta dan The Blues di tempat kelima dengan kedua-duanya berada di landasan tepat untuk pusingan akhir bulan depan.
Jurulatih The Crusaders, Scott Robertson gembira kerana dapat mengekang pasukan lawan yang penuh dengan pemain All Blacks kepada hanya tiga mata,menyamai jumlah mata terendah The Blues daripada mana-mana perlawanan pertandingan dalam sejarah mereka.
“Kemenangan adalah hasil daripada banyak membawa bola,” kata Robertson. “Kami tidak mahu melakukan terlalu banyak pertahanan, kami mahu membuat mereka melakukan terjahan dan mereka melakukannya,” tambahnya. – AFP
