Sunday, March 23, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cruyff semangat perbaiki corak bola sepak Indonesia

    JAKARTA, 12 MAC – Bola sepak Indonesia sedang melalui transformasi besar dengan pelantikan Jordi Cruyff sebagai penasihat teknikal, dan pemberian hak warganegara kepada tiga pemain antarabangsa, bagi menguatkan pasukan kebangsaan menjelang kelayakan Piala Dunia yang penting.

    Cruyff, bekas pemain Barcelona dan Manchester United yang diperkenalkan dalam sidang akhbar di Jakarta kelmarin, meluahkan keterujaannya terhadap potensi bola sepak Indonesia.

    “Kami merasai semangat yang amat tinggi terhadap bola sepak di Indonesia, dan ini sangat penting untuk mencapai matlamat yang bercita-cita tinggi. Dengan strategi yang tepat, kami boleh merealisasikan potensi ini,” katanya menurut kenyataan daripada Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI).

    Tiba di Jakarta minggu ini, Cruyff akan memberi tumpuan kepada memperbaharui taktik pasukan kebangsaan, kaedah latihan, dan strategi pembangunan jangka panjang. – Bernama

    Jordi Cruyff, penasihat teknikal baharu Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), berjabat tangan dengan Pengerusi PSSI, Erick Thohir, semasa sidang media di Jakarta pada 11 Mac. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda