Sabtu, 22 November 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cuaca aktif hingga 18 Julai

    Oleh Nurdiyanah R.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 JULAI – Pada pukul 11 pagi waktu tempatan hari ini, ribut tropika (STS) Talim telah dikesan pada koordinat 19.1°N 115.4°E, di kawasan utara Laut China Selatan, kira-kira 1700km jauh dari Negara Brunei Darussalam dan diramalkan bergerak ke arah barat-barat laut menjauhi negara ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam (BDMD), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, hari ini, ribut tropika berkenaan dijangka akan mempengaruhi cuaca negara dan akan menyebabkan keadaan cuaca menjadi aktif dan tidak menentu sehingga 18 Julai.

    Hujan atau hujan berpetir berserta angin kencang sekali-sekala dijangka berlaku dengan kelajuan angin kencang boleh meningkat sehingga 60kmsj semasa atau dekat hujan lebat melintas.

    Manakala di perairan Brunei, keadaan laut pada amnya berombak di paras sederhana hingga bergelora, dengan ketinggian ombak mencapai sehingga 3m.

     

    Foto hiasan Unsplash

    Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Isnin.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda