Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cuaca aktif hingga 9 Julai

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 JULAI – Keadaan cuaca di Negara Brunei Darussalam dijangka aktif bermula esok hingga 9 Julai dengan hujan lebat berpetir dijangka berlaku sekali-sekala menjejaskan kebanyakan kawasan di negara ini.

    Manakala kelajuan angin boleh meningkat sehingga 45kmsj semasa atau dekat hujan lebat berpetir dan keadaan laut pada amnya berombak di paras sedikit antara 0.3 dan 0.8 meter.

    Jabatan Kaji Cuaca Brunei Darussalam (BDMD) dalam kenyataannya hari ini turut menyatakan negara ketika ini masih berada dalam monsun barat daya, di mana angin barat daya masih dominan dan keadaan atmosfera adalah stabil.

    Keadaan cuaca diramalkan masih aktif untuk beberapa hari yang akan datang disebabkan oleh keadaan atmosfera lembap dan seterusnya menyebabkan pembentukan awan-awan hujan yang aktif.

    Stesen Pencerapan Cuaca, BDMD di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei telah merekodkan turunan hujan sejumlah 161.1mm sejak 1 Julai, yang mana jumlah itu telah melebihi separuh daripada jumlah turunan hujan normal bagi bulan Julai iaitu 241.8mm.

    Jabatan itu seterusnya menasihatkan orang ramai untuk mengambil langkah-langkah awal kejadian cuaca aktif yang diramalkan berlaku di mana terdapat risiko banjir kilat terutamanya di kawasan-kawasan rendah dan mudah banjir serta di kawasan berdekatan tebing sungai semasa hujan lebat yang berterusan dan semasa kejadian air pasang.

    Sehubungan itu, orang ramai dan pemandu jalan raya dan pelaut juga dinasihatkan supaya sentiasa peka dengan ramalan, nasihat dan amaran cuaca terkini yang dikeluarkan selain membuat perancangan yang bersesuaian untuk keselamatan semua.

    Gambar Bernama

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda