Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Cuaca aktif sehingga 15 Feb

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 FEB – Negara Brunei Darussalam kini berada dalam fasa kedua monsun timur laut yang pada lazimnya lebih dominan dan keadaan atmosfera lebih stabil dengan pengurangan aktiviti turunan hujan.

    Walau bagaimanapun, bermula hari ini sehingga 15 Februari, cuaca diramalkan aktif disebabkan pengaruh sistem tekanan rendah di Laut China Selatan.

    Ia menyebabkan atmosfera menjadi lembap dan meningkatkan pembentukan awan-awan hujan yang aktif.

    Menurut kenyataan dikeluarkan Jabatan Kajicuaca Brunei (BDMD) kelmarin, dalam tempoh itu, hujan sekali-sekala lebat dan berpetir dijangka menjejaskan kebanyakan kawasan di negara ini dan kelajuan angin pula meningkat sehingga 40 kilometer sejam (kmsj) semasa atau dekat hujan lebat dan berpetir.

    Sementara di perairan Brunei, keadaan laut pada amnya berombak di paras sedikit, dengan ketinggian ombak di bawah 1 meter.

    Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah awal akan kejadian cuaca aktif yang diramalkan berlaku dengan risiko kejadian pokok tumbang masih berpotensi berlaku semasa hujan lebat dan keadaan berangin.

    Selain itu, terdapat juga risiko berlakunya banjir kilat terutamanya di kawasan-kawasan rendah dan mudah banjir serta di kawasan berdekatan tebing sungai semasa hujan lebat yang berterusan dan semasa kejadian air pasang.

    Orang ramai, pemandu di jalan raya dan juga pelaut dinasihatkan supaya sentiasa peka dengan ramalan, nasihat dan amaran cuaca terkini yang dikeluarkan oleh BDMD dan membuat perancangan yang bersesuaian untuk keselamatan semua.

    Pihak BDMD akan terus memantau keadaan cuaca dari semasa ke semasa dan akan mengeluarkan nasihat dan amaran cuaca jika perlu.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...