Sunday, March 23, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cuaca ancam warisan sejarah UK

    LONDON, 20 NOV – Perubahan iklim merupakan ‘ancaman terbesar’ terhadap tapak bersejarah, bangunan, pantai, sungai, dan kawasan pedalaman penting di Britain, demikian kata badan amal pemulihara hidupan liar utama negara tersebut hari ini.

    National Trust menyatakan bahawa mereka telah mengalami sendiri akibat-akibat daripada peristiwa cuaca ekstrem yang lebih kerap terjadi, seperti kemarau, hujan lebat dan kebakaran hutan. “Ia menuntut perhatian segera dan tegas kami, dan kami menyeru rakan-rakan sekerja dan kerajaan di seluruh UK untuk bersama-sama dengan kami dan melakukan lebih banyak usaha bagi menangani cabaran yang kita hadapi,” kata Patrick Begg, pengarah sumber semula jadi di badan amal tersebut.

    “Tanggungjawab kami melibatkan ratusan tapak bersejarah, bangunan dan beberapa buah pantai, sungai dan kawasan pedalaman yang paling dicintai di negara ini.”

    Begg memberikan pandangan selepas penerbitan laporan oleh badan amal tersebut pada hari ini, yang menerangkan usaha yang dilakukan untuk menyesuaikan diri dengan perubahan iklim. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda