Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 20 JULAI – Negara Brunei Darussalam pada masa ini masih berada dalam Monsun Barat Daya, di mana angin Barat Daya masih dominan dengan keadaan atmosfera yang stabil.
Walau bagaimanapun, keadaaan cuaca diramalkan aktif untuk beberapa hari akan datang disebabkan oleh kehadiran keadaan atmosfera yang lembap di rantau kita yang meningkatkan pembentukan awan-awan hujan.
Keadaan cuaca aktif dijangka bermula malam hari ini (20 Julai) sehingga Sabtu pagi (22 Julai) dengan hujan lebat dan berpetir sekali-sekala menjejaskan kebanyakan kawasan Negara.

Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Jumaat.

