Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Cuaca buruk bawa salji ke Athens

    ATHENS, GREECE, 24 JAN – Cuaca buruk melanda Greece, dengan suhu di bawah paras beku dan salji turun di beberapa bahagian negara, termasuk ibu kota Athens dan banyak pulau Aegean.

    Pihak berkuasa telah memberi amaran kepada orang ramai untuk mengehadkan pergerakan mereka di luar kepada perkara penting sahaja hari ini dan esok, manakala sekolah di banyak kawasan ditutup. Jurucakap kerajaan Giannis Oikonomou berkata lebih 46,000 kelas sekolah di seluruh negara diadakan dalam talian.

    Salji turun dengan lebat dan laju di tengah Athens, melekap di tiang marmar Acropolis purba. Pihak berkuasa menghantar amaran kecemasan kepada telefon bimbit di kawasan Athens yang lebih luas hari ini memberi amaran akan turun salji teruk dalam beberapa jam akan datang dan menyeru orang ramai untuk mengelakkan sebarang pergerakan yang tidak perlu. Rantai salji adalah wajib untuk kereta di bahagian pinggir utara ibu kota dan trak dilarang daripada beredar.

    Kementerian kesihatan mengumumkan bahawa pusat vaksinasi COVID-19 di wilayah Athens yang lebih luas di Attica dan di pulau Evia yang berdekatan akan ditutup pada pukul 3 petang waktu tempatan. Namun ditutup hari ini dan esok oleh kerana salji lebat. Temu janji yang telah diatur hari ini dan esok akan dijadualkan semula.

    Oikonomou berkata keadaan akan terus menjadi ‘sukar’ esok. Pihak berkuasa perlindungan awam telah menubuhkan pusat penyelarasan dengan penyertaan pihak bomba, polis, angkatan tentera dan pihak berkuasa tempatan untuk menangani sebarang masalah yang berpotensi, katanya. – AP

    Cuaca buruk melanda Greece, dengan suhu di bawah paras beku dan salji turun di kebanyakan bahagian negara, termasuk ibu kota Athens. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...