Friday, May 9, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cuaca buruk di Jerman korban satu nyawa, cederakan 8 lagi

    BERLIN, 28 FEB – Angin ribut dan salji awal hari ini menjadi punca kemalangan di selatan dan barat daya Jerman yang meragut nyawa seorang wanita di dalam kereta manakala lapan lagi penumpang bas tercedera.

    Wanita itu terbunuh dalam kemalangan di jalan yang bersalji di Rhineland-Palatinate, menurut laporan dari agensi berita Jerman dpa. Sementara itu, sebuah bas dari Croatia terbalik akibat ditiup angin kuat di Tomerdingen di Baden-Wuerttemberg yang mencederakan lapan orang, dua cedera parah. Beberapa laluan kereta api juga terpaksa ditutup sebagai langkah keselamatan dan berjaga-jaga atau menghindari dari pokok-pokok yang tumbang. – AP

    Pasukan bomba dan penyelamat berdiri berhampiran bas dari Croatia yang terbalik akibat ditiup angin kuat di Tomerdingen di Jerman. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda