Monday, December 9, 2024
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cuaca buruk halang pencarian pendaki hilang di New Zealand

    WELLINGTON, 4 DIS – Pencarian tiga pendaki asing yang hilang di Gunung Cook, gunung tertinggi di New Zealand, terpaksa dihentikan sementara akibat cuaca buruk, menurut pihak polis hari ini, yang menyatakan mereka bimbang mengenai nasib mereka.

    Dua pendaki warga Amerika Syarikat dan seorang warga Kanada dilaporkan hilang pada petang Isnin selepas mereka gagal hadir untuk menaiki penerbangan yang telah dijadualkan lebih awal.

    Polis memaklumkan bahawa kawasan pergunungan bersalji di Gunung Cook dengan ketinggian 3,700 meter itu merupakan kawasan yang ‘sukar dilalui,’ dan keadaan cuaca buruk telah memaksa operasi pencarian ditangguhkan sekurang-kurangnya sehingga esok.

    “Pihak polis sangat bimbang terhadap keselamatan ketiga-tiga lelaki tersebut,” menurut kenyataan itu.

    Pasukan penyelamat sebelum ini menemui beberapa peralatan mendaki yang dipercayai milik mereka.

    Dua pendaki warga Amerika dikenal pasti sebagai Kurt Blair, 56, dan Carlos Romero, 50, manakala nama pendaki warga Kanada tidak didedahkan atas permintaan keluarga. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda