DES MOINES, 14 JAN – Suhu jatuh, angin kuat dan salji lebat menyebabkan kempen terakhir di negeri Iowa, Amerika Syarikat (AS) terjejas kelmarin, dengan Donald Trump yang merupakan calon utama membatalkan penampilan secara langsung hanya dua hari sebelum pengundi membuat pilihan mereka.
Ramalan cuaca memberikan amaran tentang ‘keadaan ribut salji yang cukup teruk’ di sebahagian besar negeri Midwest, dengan Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS) berkata tiupan angin berkelajuan 80 hingga 89kmsj dengan salji bertiup, boleh mengurangkan jarak penglihatan hingga kurang daripada 500 meter.
Kempen esok merupakan langkah awal bagi perebutan jawatan Presiden AS 2024, tetapi cuaca ekstrem telah menyukarkan para calon.
Trump telah berikrar untuk muncul walaupun cuaca buruk, tetapi akhirnya beliau menukar penampilan hujung minggu yang dirancang itu kepada perhimpunan dalam talian ‘dengan penuh berhati-hati’, menurut kenyataan kempen beliau. – AFP


