BANDAR SERI BEGAWAN, 4 FEB – Keadaan cuaca Negara Brunei Darussalam masih diramalkan aktif dan berterusan hingga 11 Februari ini. Menurut kenyataan Jabatan Kajicuaca Negara Brunei Darussalam (BDMD) hari ini, hujan kadang-kala lebat dan berpetir dijangka berlaku sekali-sekala, menjejaskan kawasan pedalaman pada waktu petang dan berpotensi merebak ke kawasan pesisiran dan perairan pada waktu malam

