Friday, February 21, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cuaca diramal aktif hingga 22 Februari

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 FEB – Negara Brunei Darussalam pada masa ini berada dalam monsun timur laut juga dikenali sebagai musim tengkujuh, di mana negara pada lazimnya akan mengalami keadaan cuaca tidak menentu, dengan hujan atau hujan berpetir sekali-sekala lebat berlaku terutamanya pada waktu malam hingga awal pagi.

    Sementara itu, keadaan cuaca aktif juga diramalkan malam ini hingga 22 Februari.

    Manakala hujan kadang-kala lebat dan berpetir dijangka berlaku sekali-sekala, menjejaskan kawasan pedalaman pada waktu petang dan berpotensi merebak ke kawasan pesisiran dan perairan pada waktu malam dan awal pagi.

    Kelajuan angin sehingga 50kmsj semasa atau dekat hujan dan keadaan laut pada amnya berombak di paras sedikit, antara 0.5 hingga 1.0 meter.

    Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah awal akan kejadian cuaca aktif yang diramalkan berlaku, di mana terdapat risiko tinggi berlakunya banjir kilat terutamanya di kawasan-kawasan rendah dan mudah banjir serta di kawasan berdekatan tebing sungai semasa hujan lebat yang berterusan dan semasa kejadian air pasang.

    Kejadian tanah susur, pokok tumbang dan atap terbang juga boleh berlaku semasa hujan lebat dan keadaan berangin kencang.

    Orang ramai, para pemandu di jalan raya dan juga para pelaut juga dinasihatkan supaya sentiasa peka dengan ramalan, nasihat dan amaran cuaca terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam (BDMD) dan membuat perancangan yang bersesuaian untuk keselamatan semua.

    BDMD dalam kenyataan akan terus memantau keadaan cuaca dari semasa ke semasa dan akan mengeluarkan nasihat dan amaran cuaca jika perlu.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda