BANDAR SERI BEGAWAN, 23 JAN – Berikutan kejadian ribut petir yang berlaku semalam dan menjejaskan kebanyakan kawasan negara, Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam (BDMD) telah mengeluarkan amaran cuaca berwarna merah yang bermaksud risiko tinggi iaitu saranan untuk mengambil tindakan yang tertentu. Dalam pada itu, keadaan cuaca juga masih diramalkan aktif sehingga 27 Januari ini dengan hujan