Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Cuaca diramal panas, kering sehingga 29 Julai

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JULAI – Keadaan cuaca Negara Brunei Darussalam diramalkan berterusan panas dan kering dengan pengurangan jumlah serta aktiviti hujan sehingga 29 Julai.

    Suhu maksimum harian dijangka boleh mencecah antara 34 dan 37 darjah Celsius, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kajicuca Brunei Darussalam (BDMD), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, di sini.

    Jabatan berkenaan menyatakan bahawa Negara Brunei Darussalam pada masa ini masih berada di dalam monsun Barat Daya.

    Pembentukan ribut tropika yang aktif di rantau Lautan Pasifik Barat masih dijangka berlaku pada minggu ini. Keadaan itu masih dijangka akan menyebabkan keadaan cuaca yang lebih kering, dengan pengurangan pembentukan awan hujan di rantau negara bagi beberapa hari yang akan datang.

    Kebelakangan ini, Negara Brunei Darussalam telah mengalami Cuaca Panas Melampau (EHW) pada waktu siang bagi beberapa kawasan, yang mana suhu maksimum harian yang telah direkodkan di beberapa stesen pencerapan cuaca telah mencapai 35 darjah Celsius atau lebih selama tiga hari berturut-turut.

    Dalam hubungan itu, orang ramai adalah dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan keselamatan berkaitan dengan keadaan cuaca panas dan kering yang diramalkan berlaku.

    Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam (BDMD) telah menyediakan catatan suhu maksimum harian dan juga suhu ‘yang dirasakan’ bagi beberapa kawasan di Negara Brunei Darussalam dengan menggunakan infografik-infografik yang dikongsikan melalui media sosial BDMD untuk makluman dan rujukan orang ramai.

    Orang ramai adalah dinasihatkan untuk terus mengikuti maklumat cuaca rasmi yang dikeluarkan oleh jabatan berkenaan melalui aplikasi bimbit BruneiWX dan media-media sosial BDMD iaitu laman Facebook (@bruneiweather), Instagram (@brunei.weather), saluran Whatsapp dan Telegram kami (Brunei Weather).

    Selain itu, maklumat cuaca terkini boleh diperoleh dengan menghubungi peramal cuaca yang bertugas di Pusat Ramalan Cuaca, melalui Talian Cuaca 114, atau melayari laman sesawang, www.met.gov.bn dan melalui aplikasi bimbit kami iaitu Brunei WX.

    Gambar Unsplash

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    12 jemaah sertai pertandingan membaca Al-Quran

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    Berita Berkaitan

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Tang Jie-Ee Wei rangkul juara Terbuka Australia

    KUALA LUMPUR, 23 NOV – Beregu campuran utama Malaysia,...

    Berangkat hadir Majlis Penutupan Rasmi ISG6

    Oleh Sim Y. H - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Sisa makanan jadi bahan utama kebun komuniti lestari

    Oleh Soon Li Wei KUALA LUMPUR, 23 NOV - Di tengah-tengah hiruk...

    Terkini

    12 jemaah sertai pertandingan membaca Al-Quran

    Oleh Daniel Lim - BELAIT, 23 NOV — Seramai 12...

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    KUCHING, 23 NOV - Projek naik taraf bekalan elektrik...

    Susyi Jepun cipta rekod Guinness tuna terbesar

    CHIBA, 23 NOV - Rangkaian restoran susyi Jepun Choushimaru...