Sunday, May 11, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cuaca masa kini dipengaruhi musim Barat Daya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Ogos –  Negara Brunei Darussalam pada masa ini dipengaruhi oleh musim Barat Daya sehingga bulan September yang menandakan bermulanya musim kejadian sistem siklon yang aktif, seperti ribut tropika dan taufan, di kawasan rantau Barat Daya Pasifik dan Laut China Selatan.

    Jika berlaku, Brunei berpotensi mengalami aktiviti ribut petir berserta angin kencang tertakluk kepada jarak lokasi sistem tersebut dari kawasan negara.

    Jabatan Kajicuaca Negara Brunei Darussalam dalam satu kenyataan berkata, salah satu sistem tropika ini ialah Taufan HATO yang secara tidak langsung mempengaruhi keadaan basah dan berangin yang dialami oleh Negara minggu lalu.

     

    (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)

    http://digital.mediapermata.com.bn

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda