HOUSTON, 2 JULAI – Seramai 13 penduduk maut akibat gelombang haba melampau di selatan Amerika Syarikat (AS) selama dua minggu.
Pegawai berkata udara di bahagian lain negara itu pula tercemar akibat kebakaran hutan di Kanada.
Katanya, jumlah kematian tertinggi, 11 orang, didaftarkan di Webb County, Texas, berhampiran sempadan Mexico.
“Sehingga Rabu, terdapat 11 kematian. Daripada jumlah itu, 10 ialah penduduk Webb County. Kematian ke-11 pula (individu) dari daerah jiran yang dibawa ke hospital tempatan,” kata pegawai tempatan.
Seorang kanak-kanak berusia 14 tahun meninggal dunia minggu lalu ketika dia mendaki di Taman Negara Big Bend di Texas, ketika suhu mencecah 48 Celsius.
Dalam beberapa hari kebelakangan ini, suhu di beberapa bandar di selatan AS mencatat 45 darjah Celsius. – AFP