BRAZIL, 18 FEB – Penduduk dan pelancong Rio de Janeiro mengalami cuaca paling panas kelmarin menjelang parti jalanan pra-Karnival yang sesak di bandar itu.
Sistem Rio Alert perbandaran merekodkan 44 darjah Celsius di barat bandar itu suhu tertinggi dalam rekod sejak 2014.
Rekod sebelumnya ialah 43.8 pada November 2023 sehari selepas peminat Taylor Swift meninggal dunia akibat kepanasan semasa konsert diadakan di bandar itu.
“Kami menjangkakan musim panas paling panas dalam beberapa tahun kebelakangan ini,” kata Setiausaha Kesihatan, Riom Daniel Soranzm, kepada AFP kelmarin.
“Pada bulan Januari, lebih 3,000 orang telah dirawat dalam perkhidmatan kecemasan perbandaran disebabkan cuaca panas terik, terutamanya atas selaran matahari dan dehidrasi,” kata Soranz, sambil menambah jumlah itu lebih dua kali ganda berbanding beberapa tahun kebelakangan ini.
Hujung minggu lalu, penduduk di Rio berkerumun di pantai manakala sekolah samba terkemuka membatalkan latihan perbarisan di pantai Copacabana.
Sementara itu, beberapa bintang tenis terkemuka dunia akan mengalami bahang di dalam dan luar gelanggang minggu ini di kejohanan Terbuka Rio.
Bandar itu berkata ia telah mencecah amaran haba tahap empat dengan lima adalah maksimum.
Sebagai tindak balas, ia telah membuka berpuluh-puluh pusat penyejukan dan penghidratan. – AFP
