Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cuaca panas beri cabaran guru taska rancang aktiviti

    GUA MUSANG, 19 MEI – Cuaca panas ketika ini secara tidak langsung memberikan cabaran baharu terhadap guru taman asuhan kanak-kanak (Taska) di daerah ini apabila terpaksa mengehadkan aktiviti fizikal luar.

    Guru taska, Nur Farhani Mohd Shukri, 27, berkata dia dan guru lain perlu menjadi lebih kreatif merancang aktiviti untuk mengawal emosi kanak-kanak sekali gus mengelak mereka daripada meragam. 

    Menurut Nur Farhani, kanak-kanak lebih gemar melakukan aktiviti di luar premis memandangkan kawasan lebih luas dan mereka lebih bebas bergerak.

    “Cabaran kita lebih, kita perlu cari aktiviti yang lebih kreatif untuk anak hilang kebosanan. 

    “Kalau cuaca tidak panas, kita boleh pujuk mereka main di taman, ambil udara luar atau tengok haiwan seperti burung. Sekarang ini, sebab panas tinggi sangat kita tak dapat buatlah aktiviti luar,” katanya kepada pemberita di Taska Anakku Khalifah di Bandar Baru di sini.

    Nurul Syafiqah Zamri, 24, pula berkata dia perlu memberi perhatian yang lebih terutama terhadap anak damit dan kanak-kanak bawah usia dua tahun. 

    “Memang berbeza dan mereka banyak meragam, ada kalanya mereka meminta susu lebih daripada kebiasaan. 

    “Kita akan menasihati ibu bapa untuk menyediakan pakaian yang bersesuaian dengan musim sekarang. Kami juga lebih kerap memandikan anak-anak,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda