BEAUFORT, 21 FEB – Cuaca panas yang melanda daerah itu sejak beberapa hari lepas mendatangkan kesan kepada kawasan persekitaran dan penduduk di sini, antaranya kelapa yang dijual peniaga di Pasar Am Beaufort pecah dengan sendirinya. Peniaga kelapa, Siti Norziah Moksin, 38, berkata cuaca panas dipercayai meningkatkan tekanan wap panas dalam kelapa sehingga menyebabkan buah itu