Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Cuaca panas: Kelapa di pasar pecah sendiri

    BEAUFORT, 21 FEB – Cuaca panas yang melanda daerah itu sejak beberapa hari lepas mendatangkan kesan kepada kawasan persekitaran dan penduduk di sini, antaranya kelapa yang dijual peniaga di Pasar Am Beaufort pecah dengan sendirinya.

    Peniaga kelapa, Siti Norziah Moksin, 38, berkata cuaca panas dipercayai meningkatkan tekanan wap panas dalam kelapa sehingga menyebabkan buah itu pecah.

    “Keadaan itu berlaku selalunya adalah sebagai tanda cuaca memang berada pada tahap yang panas berbanding sebelum ini. Situasi seperti ini pernah jadi juga sebelum ini.

    “Kami sendiri pun memang terdedah dengan keadaan panas (menjual di pasar) memang terasa bahang kepanasan berbanding hari biasa,” katanya ketika ditemui Bernama hari ini.

    Isnin lepas, Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan memaklumkan Beaufort merupakan antara kawasan pada Tahap 1 (berjaga-jaga) akibat cuaca panas yang melanda negeri itu iaitu suhu kawasan terlibat boleh mencecah 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya 3 hari berturut-turut.

    Terletak kira-kira 90 kilometer dari Kota Kinabalu, direntasi Sungai Padas, Beaufort menjadi laluan perantaraan untuk ke Sipitang, Brunei dan Sarawak.

    Sementara itu, peniaga rempah ratus, Naimah Dullah, 60, mengakui bahang panas menyebabkan ketidakselesaan terutamanya di rumah. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...