SUNGAI PETANI, 4 FEB – Sesi persekolahan di Kedah diteruskan seperti biasa walaupun Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) telah mengeluarkan amaran cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga di tiga kawasan di negeri itu. Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata kementerian akan sentiasa memantau keadaan dan menasihati guru serta ibu bapa agar memastikan pelajar sihat semasa tempoh cuaca

