NEW YORK, 7 Jan – Timur Amerika Syarikat dan Kanada kelmarin mencatatkan cuaca yang sangat sejuk berikutan badai musim sejuk yang melanda negara itu menjejaskan lapangan terbang utama New York dan beberapa penerbangan masuk ke negara itu ditangguhkan.
Di Kanada, suhu menghampiri minus 50 darjah Celcius (minus 58 darjah Fahrenheit) diramalkan di utara Ontario dan Quebec.
Ledakan Artik dan kesejukan angin berkemungkinan akan menjadikan keadaan lebih sejuk berada di bawah 45 Fahrenheit di seluruh timur Amerika Syarikat, dengan risiko radang pada kulit terdedah dalam masa 10 minit, pegawai memberi amaran.
Cuaca yang sejuk itu diikuti dengan ribut, yang dipanggil siklon dahsyat oleh peramal, yang telah mengorbankan 19 orang di Amerika Syarikat, dari Texas ke Wisconsin, media AS melaporkan.
Ribut pada Khamis lalu telah merempuh Pantai Timur dengan salji yang lebat, suhu glasier dan angin kencang, memaksa pembatalan penerbangan.
Tetapi kelmarin, lebih daripada 3,420 penerbangan di dalam, dari atau ke luar Amerika Syarikat masih ditangguhkan, dengan lapangan terbang John F. Kennedy di New York dan Charleston di Carolina Selatan merupakan yang paling teruk terjejas. – AFP