TOKYO, 26 JAN – Ribut salji dan cuaca sejuk yang melampau telah mengorbankan kira-kira lima orang di Jepun.
Di beberapa tempat di negara itu, suhu menurun kepada paras terendah sehingga 12 darjah Celsius di bawah sifar, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).
Di wilayah barat Kyoto dan Shiga, ribuan orang terpaksa bermalam di dalam kereta api atau di stesen manakala pemandu kenderaan terkandas di beberapa jalan utama di samping beratus-ratus penerbangan terpaksa dibatalkan, lapor media tempatan kelmarin. – Bernama
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/01/P11-3C-web_27012023.jpg)