Ahad, 23 November 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cuaca sejuk melampau landa Argentina, Chile dan Uruguay

    SANTIAGO, 4 JULAI – Jisim udara kutub telah membawa suhu sejuk melampau ke Argentina, Chile dan Uruguay, menyebabkan sekurang-kurangnya 15 kematian serta memaksa kerajaan-kerajaan terbabit mengehadkan bekalan gas dan mengaktifkan pusat perlindungan kecemasan.

    Ketiga-tiga negara di Amerika Selatan itu mencatatkan suhu jauh di bawah paras beku apabila udara kutub dari Antartika melanda seluruh rantau tersebut.

    Di Argentina, sekurang-kurangnya sembilan gelandangan mati kesejukan pada musim sejuk baru-baru ini, menurut NGO Proyecto 7.

    Ibu negara Buenos Aires mencatatkan suhu terendah sejak 1991 iaitu -1.9 darjah Celsius pada Rabu, manakala bandar pesisir Miramar mengalami salji buat kali pertama dalam tempoh 34 tahun. Jauh ke selatan, bandar Maquinchao merekodkan suhu -18 darjah Celsius pada Selasa.

    Permintaan elektrik yang tinggi telah menimbulkan gangguan bekalan di sekitar Buenos Aires, menyebabkan ribuan penduduk terputus bekalan selama lebih 24 jam di beberapa kawasan. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda