Friday, October 18, 2024
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cuaca: Sepanyol keluar amaran merah

    MADRID, 18 JULAI – Sepanyol mengeluarkan amaran merah cuaca panas di tiga buah wilayah hari ini disebabkan oleh bahaya ‘ekstrem’ berpunca daripada suhu melampau ketika anggota bomba berjaya mengawal kebakaran di Kepulauan Canary.

    Agensi kaji cuaca, Aemet berkata suhu tertinggi mencecah antara 38 darja Celsius dan 42 darjah Celsius di sebahagian besar negara yang dilanda kemarau, menyebabkan orang ramai berlindung dari terik matahari.

    Cuaca panas dijangka akan lebih teruk di wilayah timur di Catalonia, Aragon dan Kepulauan Balearic di mana suhu mungkin mencecah 44 darjah Celsius.

    Pejabat kaji cuaca mengeluarkan amaran merah bagi tiga buah wilayah, memberi amaran ‘bahaya’ daripada cuaca panas yang ‘ekstrem’.- AFP

    Orang ramai cuba menyejukan diri dari panas terik matahari.- AP

     

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda