Thursday, May 15, 2025
32 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cuaca tidak menentu jejas tanaman cengkih di Indonesia

    TERNATE, INDONESIA – Kuasa penjajah pernah berusaha untuk menghapuskan cengkih yang ditanam oleh penduduk tempatan di timur pulau Ternate Indonesia untuk melindungi monopoli mereka ke atas tanaman berharga itu. Hari ini, petani mengatakan ancaman paling teruk kepada tanaman mereka adalah perubahan iklim.

    “Hari ini… hujan yang turun adalah tinggi. Tidak menimbulkan masalah untuk penanaman, tetapi tidak pasti untuk penuaian. Selalunya ia tidak dapat diramalkan,” kata petani Jauhar Mahmud, 61, kepada AFP.

    Terletak di kaki bukit yang subur di gunung berapi Gunung Gamalama di Indonesia, Jauhar dengan bangganya menunjukkan pokok cengkih kegemarannya, yang dahulunya mampu menghasilkan hasil yang menguntungkan.

    Tunas bunga harum yang membentuk rempah ratus itu hanya boleh mengeluarkan bau dan rasa yang berharga dalam julat suhu dan kelembapan tertentu.

    Dalam musim yang baik, bunga terbaik daripada 150 pokok Jauhar yang menjulang tinggi boleh menghasilkan 30 kilogram rempah aromatik yang digunakan untuk perubatan, minyak wangi, rokok dan perasa makanan.

    Lakina menggunakan parang untuk membersihkan tanah sekitar pokok cengkih di Ternate, Maluku Utama. – AFP
    Pekerja memasukkan cengkih dalam guni di sebuah kedai pengasingan rempah di Ternate. – AFP
    Pekerja sedang menimbang guni mengandungi cengkih selepas menapis dan membuang kotoran di sebuah gudang di Ternate. – AFP
    Seorang pekerja menggenggam biji cengkih di kedai pengasingan rempah. – AFP
    Pekebun cengkih, Imba, sedang berehat di Ternate. – AFP
    Pekebun cengkih, Imba, yang mewarisi 70 pokok cengkih daripada ibu bapanya, membawa tanaman cengkih di Ternate. – AFP
    Pemandangan udara kawasan hutan dengan pokok cengkih di Ternate. – AFP

    Namun cuaca buruk menjadi semakin kerap, mencetuskan ketidaktentuan yang mendorong harga turun naik daripada AS$5.30 hingga AS$7.40 sekilogram dan kehidupan semakin sukar untuk petani.

    Data Pertubuhan Makanan dan Pertanian dari dua dekad yang lalu menunjukkan hasil cengkih Indonesia berubah dengan ketara, lebih banyak daripada pengeluar saingan. Hasil pada 2023, menurut data tahun lepas, hampir satu perempat lebih rendah berbanding kemuncak tahun 2010.

    “Kami sebenarnya menanggung kerugian. Cengkih tidak berbuah setiap tahun. Ia bergantung pada musim,” kata Jauhar, yang mewakili 36 petani cengkih di pulau itu.

    Ramai yang bertukar kepada pekerjaan lain kerana hasil yang biasanya tiba pada bulan Ogos dan September jauh berkurangan.

    Jauhar menjual minuman yang dibru bersama rempah ratus dan buluh sebagai kerja sampingan untuk menampung kehidupan, dan ada yang mempertimbangkan untuk meninggalkan tanaman itu sama sekali.

    “Petani kini keberatan untuk menuai disebabkan kos yang tinggi dan pulangan yang minimum,” katanya.

    Indonesia menyumbang lebih dua pertiga daripada pengeluaran cengkih global, menurut Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO), walaupun majoritinya digunakan dalam negara.

    Sejak 2020, ia telah ketinggalan di belakang Madagascar sebagai pengeksport utama rempah ratus dunia, menurut data perdagangan Bank Dunia.

    TABURAN HUJAN MENINGKAT

    Beberapa abad yang lalu, petani Ternate mengingkari perintah kolonial untuk menghapuskan pengeluaran cengkih mereka dengan menanam tanpa dilihat Belanda.

    Iklim di pulau pada masa itu mengekalkan tanaman hidup.

    Pokok cengkih boleh mengambil masa lebih daripada satu dekad untuk matang, dan bunga hanya boleh dituai dalam waktu singkat yang banyak bergantung pada keadaan cuaca.

    Namun perubahan iklim yang disebabkan pembakaran bahan api fosil seperti arang batu telah mengubah pola cuaca global.

    Ternate secara keseluruhannya lebih kering, tetapi apabila hujan datang, ia selalunya dalam taburan yang amat banyak.

    Ia konsisten dengan trend yang lebih luas yang dikaitkan dengan perubahan iklim. Suasana yang lebih panas menampung lebih banyak lembapan, dan hujan boleh turun secara tidak menentu dan dalam jumlah yang banyak apabila ia datang.

    Petani seperti Lakina yang memiliki 10 pokok cengkih berkata tanaman itu tidak lagi menawarkan pulangan yang sama.

    “Dulu, saya boleh mendapat lima hingga enam guni dalam satu tuaian,” kata lelaki berusia 52 tahun itu. Sekarang dia mengisi dua hingga tiga guni, katanya.

    Perubahan cuaca menjejaskan aspek perdagangan yang lain.

    Imba, seorang petani cengkih berusia 62 tahun dengan 70 pokok, berkata ia pernah mengambil masa tiga setengah hari untuk mengeringkan cengkih, tetapi ‘disebabkan hujan’ kini mengambil masa sekurang-kurangnya lima hari.

    Penyelidikan saintifik membuktikan pemerhatian petani.

    Pada 2023, penyelidik di Universiti Pattimura di Indonesia mendapati hasil cengkih jatuh di pulau Haruku di selatan Ternate.

    Mereka berkata hujan meningkat 15 peratus dalam beberapa dekad kebelakangan ini, bersama-sama dengan kejadian cuaca ekstrem yang menjejas tanaman.

    Ia telah menyebabkan petani cengkih bergelut untuk meneruskan penanaman.

    “Komuniti yang tinggal di kawasan pantai dan pulau-pulau kecil amat terdedah,” kata Arie Rompas, ketua pasukan kempen hutan Greenpeace.

    “Produktiviti pokok cengkih dan pala yang berharga semakin berkurangan, dan mereka menghadapi masalah selepas tuaian dengan kenaikan suhu dan kelembapan.”

    ‘KEBANGGAAN KEPADA GENERASI AKAN DATANG’

    Di kedai pengasingan rempah ratus, bau cengkih yang menusuk hidung menyelubungi udara ketika pekerja mencedok longgokan ke dalam beg untuk ditimbang.

    Lelaki itu menghantar rempah tersebut ke gudang di mana dulang pengasingan mekanikal menggoncang cengkih, membuang kotoran dan dedaun yang tidak diingini sebelum dieksport ke China.

    Bagi penjual cengkih ini, perubahan iklim bermakna kualiti lebih rendah dan harga jatuh.
    “Jika cuaca terlalu panas, tanaman tidak bagus. Terlalu banyak hujan, tidak ada tanaman. Tahun ini terlalu banyak hujan,” kata pembekal Rumen The.

    Beliau berkata harga berkurangan hampir separuh dari awal tahun lepas daripada 150,000 rupiah sekilogram kepada 80,000 pada musim menuai, tetapi kembali kepada 115,000 hari ini ketika bekalan berkurangan.

    Pengeluaran ‘mungkin turun 30 hingga 40 peratus’ pada tahun-tahun kebelakangan ini, tambahnya.

    Jauhur menggesa negara pengimport rempah yang kaya ‘untuk memikirkan isu iklim global’ yang mengancam masa depannya.

    Meskipun cabaran yang dihadapi, beliau berkata terdapat ‘sebab-sebab sejarah dan emosi’ yang kuat untuk meneruskan pertanian.

    “Ibu bapa kami mengekalkan cengkih di rantau cengkih tertua di dunia,” katanya.

    “Mereka menanam untuk membawa kebanggaan kepada generasi akan datang.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/