Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cuba bakar diri, kecewa tindakan kerajaan

    BEIJING, 16 Sept 2003 – Seorang petani di China yang kecewa dengan rancangan kerajaan memindahkan anggota keluarganya, cuba membakar diri di tengah Medan Tiananmen, menurut polis dan media negara Itu.

    Kejadian berlaku pada kira-kira pukul 8:40 pagi waktu tempatan apabila lelaki itu cuba membakar dirinya di atas Jambatan Air Emas yang menghubungkan Rostrum Tiananmen di bahagian utara medan berkenaan, pegawai polis dari balai Tiananmen memberitahu AFP.

    “Jika awda mahu mendapatkan maklumat lanjut berhubung kejadian ini awda perlu meng-hubungi jabatan polis bandar raya,” katanya.

    “Kami tidak boleh memberikan maklumat lanjut.”

    Kejadian itu berlaku ketika pekerja-pekerja sedang melakukan kerja-kerja persiapan untuk medan itu digunakan bagi sambutan cuti umum Hari Kebangsaan pada 1 Oktober, apabila beribu-ribu warga China dijangka membanjiri medan berkenaan.

    Agensi berita Xinhua, dalam laporan Bahasa Inggeris, mengenal pasti petani itu sebagai Zhu Zhengliang dari wilayah timur Anhui, yang datang ke Beijing untuk mengadakan bantahan dengan isterinya ke atas usaha kerajaan tempatan memisahkan anggota keluarganya.

    Zhu, 45, mengalami ‘kecederaan kecil’ dengan kesan terbakar di bahagian tangan dan bahu, katanya.

    “Punca kenapa dia cuba membakar dirinya di medan itu adalah kerana dia tidak berpuas hati dengan keputusan kerajaan tempatan untuk memindahkan anggota keluarganya ke tempat lain,” polis memberitahu Xinhua. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda