HAVANA, 25 JUN – Sebahagian besar kawasan Cuba menjadi gelap diselubungi awan debu dari padang pasir Sahara semalam dan mulai menjejaskan kualiti udara di Florida, justeru mencetuskan amaran meminta penduduk dengan penyakit pernafasan supaya duduk dalam rumah.
Awan debu melanda seluruh Atlantik dari Afrika sejak seminggu lalu, melitupi pulau Caribbean Puerto Rico sejak Ahad dan melanda selatan Florida di Amerika Syarikat semalam, kata pihak berkuasa.
Keadaan di ibu negara Cuba, Havana dijangka bertambah buruk hari ini, lapor pakar di pulau komunis itu.
Francisco Duran, ketua Epidemiologi di Kementerian Kesihatan berkata awan debu mungkin ‘menambah masalah pernafasan dan alergi.’ – AFP
