HAVANA, 5 Nov – Jumaat lalu Cuba berkata ia akan menjamin keselamatan udara bagi para pelancong yang pergi dan balik dari negara Caribbean itu, dalam persiapannya bagi musim pelancong dari November hingga April.
Armando Lopez, presiden Institusi Aeronautik Awam Cuba berkata keselamatan udara pulau itu terjamin dan disokong oleh entiti antarabangsa, lapor agensi rasmi Prensa Latina.
Lopez mengingatkan bahawa Cuba merupakan anggota pengasas Pertubuhan Penerbangan Awam (ICAO) apabila ia diwujudkan di bandar AS, Chicago pada tahun 1940an dan sentiasa memenuhi keperluannya.
ICAO telah menjalankan audit di Cuba pada Ogos 2015 berkebetulan dengan jalinan hubungan rasmi negara itu dengan AS dan perolehan penerbangan langsung dua hala yang dirancangkan. Kepatuhan pulau itu dengan protokol keselamatan udara diperakui oleh pertubuhan itu.
Lopez berkata ‘Data ini mengesahkan keselamatan bagi penerbangan pergi dan balik dari pulau itu, termasuklah yang diwujudkan bersama AS.”
Dia telah membuat kenyataan itu seminggu selepas Senator Repbulikan AS Marco Rubio memperkenalkan semula satu rang undang-undang yang menuntut pengukuhan keselamatan di lapangan-lapangan terbang Cuba yang mana penerbangan komersial AS telah mendarat di situ sejak 28 November 2016. – Xinhua