Ulasan siri TV oleh Zulkamal Haji Kamis
Drama terbaharu dari Malaysia, Demi Rindumu berdasarkan sebuah novel yang dihasilkan oleh Diya Jamal bakal disiarkan tidak lama lagi di slot MegaDrama, Astro Ria.
Demi Rindumu diterbitkan oleh Zamriez Golden Picture dan diarahkan oleh Haris Fadilah. Ia dibintangi oleh beberapa pelakon hebat dari Malaysia seperti Sean Lee, Janna Nick, Norman Hakim, Elvina Mohammad dan Sherry Ibrahim serta banyak lagi.
Drama ini dijangka akan mempunyai 16 episod dan bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis bermula pada pukul 9 malam.
Sinopsis ringkas
Drama terbaharu ini mengisahkan mengenai Nurhana pulang selepas dua tahun menyepi di luar negara apabila mengetahui abangnya, Nasrul ingin berkahwin dengan Rania, gadis yang pernah menjadi orang ketiga antara Nurhana dan bekas tunangnya Izlan.
Sebelum ini Rania adalah kawan karibnya, namun tidak disangka Rania berminat dengan apa yang dia miliki. Nurhana tidak mahu perkara yang sama terjadi ke atas abangnya.
Setibanya di tanah air, Nurhana ke rumah abangnya namun secara tidak sengaja mengetuk pintu rumah Haznik yang disangkakan rumah abangnya. Sejak itu, mereka bagaikan berjodoh kerana selalu berjumpa. Haznik juga cuba mendekati dan mengenali Nurhana, walaupun Nurhana seakan sudah patah hati untuk menerima sesiapa lagi.
Biarpun hanya mengenali masing-masing dalam waktu yang singkat, Rania merancang untuk berkahwin dengan Haznik sebagai alasan untuk menghentikan perkahwinan abangnya dengan Rania.
Apakah nanti kesudahan drama ini, anda boleh saksikannya dalam masa yang terdekat ini.
