HAVANA – Walaupun hujan berterusan, beribu-ribu penduduk hadir pada hujung minggu untuk perayaan tahunan Havana.
Orang ramai berkumpul di Malecon, ibu kota Cuba untuk menyaksikan perarakan malam sepanjang dua kilometer.
Sentiasa hadir
“Tidak kira semasa hujan, panas atau tengah malam, kami pasti akan menghadiri perayaan itu,” kata jurutera Pedro Javier Rodriguez memberitahu kepada Xinhua.
Seperti penduduk lain, Rodriguez dan rakan-rakannya menari dan menyanyi ketika 18 kumpulan dan 14 perahu tradisional perahu berlalu.
Pada tahun ini, perayaan terbesar Cuba menyambut ulang tahun ke-500 penemuan Havana pada November 1519. Sebagai saingan perayaan Havana, bandar timur Santiago de Cuba menjadi perayaan kedua terbesar di negara tersebut.

Dua buah bandar ini bersaing antara satu sama lain untuk membuat perayaan yang paling mewah di negara itu.
“Perayaan di Havana merupakan yang terbesar di Cuba,” kata Oscar Nunez, timbalan presiden kelab motosikal elektrik yang mengambil bahagian dalam pembukaan perarakan tersebut.” kata Gretell Hernandez, berusia 20 tahun.
Odalys Barbosa yang ditemani oleh anak-anak dan cucu-cucunya, mengakui kemasyuran dalam perayaan Sanitago memang menarik tetapi katanya “di Havana, perayaannya lebih glamor.”
Meraikan bersama
Sama ada perayaan itu diadakan di Havana atau Santiago de Cuba, perayaan itu menunjukkan gabungan budaya Afrika, Carribean dan Sepanyol yang wujud di sini sejak Sepanyol membawa hamba-hamba dari Afrika pada abad ke-16.
Pada tahun ini, pemilik ladang akan membenarkan hamba-hambanya untuk menguruskan perayaan bersama kumpulan Afrika yang berlainan yang mempersembahkan nyanyian dan tarian dengan memakai pakaian warisan mereka. Pendatang China juga menyertai perayaan kebudayaan ini dengan menambah kepelbagaian terhadap perayaan ini. Perayaan pertama kali diadakan pada 25 Februari 1895 dan pada awal tahun 1960, perayaan itu diadakan pada bulan kedua pada tahun tersebut.
Tidak kira bila dan di mana perayaan karnival itu diadakan, sama ada Havana atau Santiago, mereka telah membuat pertunjukan yang kekayaan budaya warisan yang berwarna warni. – Xinhua