HAVANA, 1 MEI – Cuba menangguhkan perarakan tahunan Hari Pekerja Antarabangsa buat kali ketiga dalam tempoh empat tahun akibat masalah kekurangan bahan api.
Kesatuan Pusat Pekerja Cuba, yang menganjurkan acara terbabit mengumumkan keputusan itu kelmarin, lapor United Press International (UPI).
Presiden, Miguel Diaz-Canel berkata hujan akan menghalang perayaan pada hari ini, dan menangguhkannya selama lima hari.
“Hujan di negara ini akan menghalang kita daripada keluar untuk meraikan #1Mayo.
“Kami tidak membatalkan sambutan, kami hanya menangguhkannya untuk tempoh lima hari,” katanya menerusi ciapan di Twitter. Amaran ribut petir yang berpotensi mencetuskan kejadian banjir kilat dikeluarkan di wilayah barat negara itu kelmarin, menurut kerajaan Cuba dalam catatan di Facebook. – Bernama