Tuesday, February 11, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cubaan aksi mengelak peluru gagal

    UTAH, 11 FEB – Seorang lelaki ditahan atas dakwaan membunuh selepas dia menembak rakannya di dada untuk menguji kebolehannya ‘mengelak peluru’.

    Ashton Jonathan Mann yang berusia 23 tahun telah ditangkap baru-baru ini atas satu pertuduhan membunuh dengan sengaja dan juga satu tuduhan berkaitan senjata api.

    Menurut Oddity Central, pada suatu awal pagi Ahad, pihak berkuasa telah dipanggil ke sebuah rumah di Kearns, Utah, di mana mereka menemui seorang lelaki muda dengan luka tembakan di dada terbaring kaku di atas lantai.

    Mangsa segera dibawa ke hospital berdekatan, namun nyawanya gagal diselamatkan pasukan keselamatan.

    Mann kemudian memberitahu polis bahawa dia telah menembak rakannya selepas mangsa dengan bangga mendabik dada mengatakan bahawa dia boleh ‘mengelak’ peluru’.

    Semasa disoal siasat, suspek memberitahu polis bahawa dia dan rakannya sedang melepak di dapur dan mengambil dadah pada malam kejadian tragis itu.

    Mereka kebanyakannya bercakap tentang senjata api dan pada satu ketika mereka bergerak ke garaj untuk meneruskan perbualan.

    Mereka kemudiannya memegang dua senjata api apabila mangsa didakwa mula bercakap tentang bagaimana dia boleh ‘mengelak peluru’.

    Selepas mengeluarkan peluru daripada kedua-dua senjata api berkenaan, mereka memutuskan untuk menguji kebolehan mangsa seperti yang dikatakan.

    Seolah-olah seperti sedang bergurau, Mann mula melepaskan tembakan daripada pistol yang tidak berpeluru ke arah mangsa dan dia akan cuba melompat untuk mengelak secepat mungkin.

    Setelah berjaya mengelak peluru kira-kira enam kali, hanya pada kali ketujuh Mann tertembak dengan peluru yang mengenai dada mangsa.

    Mann memberitahu polis bahawa dia cuba memberi pertolongan cemas kepada mangsa sehingga ambulans tiba, tetapi mangsa tetap tidak bertindak balas.

    Apabila menggeledah rumah itu, penyiasat menemui dua pucuk pistol, peluru dan majalah, serta peralatan mengambil dadah. – Agensi

    Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda